- Iklan -
Dunia

Import eksport China merosot di luar jangkaan pada Oktober

Sektor eksport China susut 0.3% tahun ke tahun dengan penurunan pertama dicatatkan pada Mei 2020.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai memakai pelitup muka ketika berjalan di kawasan terbuka bagi melindungi diri dari Covid-19. Dasar sifar Covid-19 menjadi dasar tegas kerajaannya, menyebabkan beberapa sektor ekonomi turut terjejas akibat sekatan pergerakan. Gambar: Reuters

Eksport dan import China merosot di luar jangkaan buat kali pertama dalam tempoh lebih dua tahun pada Oktober.

Eksport susut 0.3% tahun ke tahun, penurunan pertama sejak Mei 2020, menurut data dikeluarkan Pentadbiran Am Kastam pada Isnin, lapor Agensi Anadolu. 

Permintaan yang lemah dari luar negara disebabkan lonjakan inflasi serta risiko kemelesetan, menyumbang kepada kegagalannnya untuk mengekalkan anggaran 4.3% sekali lagi selepas pertumbuhan kukuh pada 5.7% pada September.

Import merosot buat kali pertama sejak Ogos 2020, turun 0.7% berbanding tahun sebelumnya, disebabkan Covid-19 mengekang permintaan pelanggan dan menjejaskan operasi kilang.

Unjuran pasaran import adalah peningkatan sebanyak 0.1% setahun pada Oktober.

Lebihan dagangan keseluruhan China berjumlah AS$85.2 bilion pada Oktober, meningkat dari AS$84.54 bilion setahun lalu, namun  jauh di bawah unjuran AS$95.95 bilion.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.