- Iklan -
Dunia

Jerman tersingkir dalam saingan Piala Dunia

Jerman menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan E dengan memperoleh empat mata, kurang satu berbanding Sepanyol.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pemain Jerman Antonio Rudiger kelihatan kecewa selepas perlawanan berdepan Costa Rica di mana Jerman tersingkir daripada Piala Dunia di Stadium Al Bayt di Al Khor, Qatar, 1 Disember. Gambar: Reuters
Pemain Jerman Antonio Rudiger kelihatan kecewa selepas perlawanan berdepan Costa Rica di mana Jerman tersingkir daripada Piala Dunia di Stadium Al Bayt di Al Khor, Qatar, 1 Disember. Gambar: Reuters

Bekas juara dunia Jerman tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia FIFA 2022 meskipun menang ke atas Costa Rica 4-2 pada Khamis di Stadium Al Bayt, Qatar.

Juara 2014 itu terpaksa meninggalkan pentas Piala Dunia selepas tersingkir hanya dengan perbezaan jaringan, lapor Agensi Anadolu.

Jerman menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan E dengan memperoleh empat mata, kurang satu berbanding Sepanyol.

Dalam perlawanan bertemu Costa Rica, Jerman mendahului seawal minit ke-10 menerusi tandukan Serge Gnabry menewaskan penjaga gol Keylor Navas.

Pada minit ke-58 Costa Rica menyamakan kedudukan apabila Yeltsin Tejeda membolosi gol lawan dan menewaskan penjaga gawang Manuel Neuer.

Costa Rica mendahului pada minit ke-70 apabila Juan Pablo Vargas menjaringkan gol hasil rembatan dari jarak dekat.

Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila pemain Jerman Kai Havertz berjaya menyamakan  kedudukan 2-2 beberapa minit kemudian.

Jerman terus mengasak dan berhasil membuahkan jaringan pada minit ke-85 hasil tendangan Havertz Berjaya sebelum penyerang Niclas Fullkrug menyumbat gol keempat.

Aksi cemerlang Jerman gagal membawa pasukan itu ke pusingan seterusnya dan kekecewaan yang sama pernah dialami pada kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.