Dunia
Gempa bumi kuat landa Jawa Barat
Gegaran turut dirasai di Jakarta Selatan iaitu kira-kira 92km dari pusat gempa.
Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Terkini
Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan bandar Sukabumi di Jawa Barat pada Khamis, menurut Agensi Geofizik Indonesia (BMKG).
Gempa berlaku pada 7.50 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa dilaporkan di 22km tenggara bandar pada kedalaman 104 km.
Gegaran turut dirasai di Jakarta Selatan iaitu kira-kira 92km dari pusat gempa.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan kerosakan harta benda atau kecederaan dilaporkan setakat ini.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi
- Iklan -