- Iklan -
Berita

Bekas presiden Guatemala Perez Molina dihukum penjara 16 tahun

Mahkamah turut mendenda Perez Molina sebanyak AS$1.1 juta.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas presiden Guatemalam Otto Fernando Perez Molina selepas mendengar keputusan kes konspirasi jenayah dan penipuan kastam di Guatemala City pada 8 Disember. Gambar: AFP
Bekas presiden Guatemalam Otto Fernando Perez Molina selepas mendengar keputusan kes konspirasi jenayah dan penipuan kastam di Guatemala City pada 8 Disember. Gambar: AFP

Mahkamah di Guatemala menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun ke atas bekas presiden Otto Fernando Perez Molina dan bekas naib presiden Ingrid Roxana Baldetti Elias atas tuduhan konspirasi jenayah dan penipuan kastam, lapor Sputnik.

Menurut akhbar Prensa Libre pada Rabu, mahkamah turut mendenda Perez Molina 8.7 juta quetzal (AS$1.1 juta).

Hukuman serupa dikenakan ke atas Baldetti yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun pada 2018 kerana penipuan dalam projek pembersihan Tasik Amatitlan.

Kes terhadap Perez Molina bermula pada 2015 dan beliau dituduh terbabit dalam penubuhan kumpulan rasuah kastam dengan bantuan pegawai tinggi dalam pentadbiran cukai dan kastam.

Perez didakwa mengenakan bayaran haram ke atas pengimport sebagai pertukaran untuk pemotongan cukai.

Presiden dan naib presiden berada dalam tahanan praperbicaraan selama tujuh tahun dan kini mereka perlu menjalani hukuman penjara sembilan tahun lagi.

Perez Molina menjadi presiden Guatemala dari 2012 hingga 2015. Pada September 2015 Kongres sebulat suara meluluskan peletakan jawatannya.

Menjelang akhir 2015, Perez dilucutkan imuniti dan ditahan. Bekas presiden itu adalah pemimpin Guatemala pertama yang dibicarakan semasa masih memegang jawatan presiden.