- Iklan -
Dunia

UAE berjaya lancarkan misi ke bulan

Rashid Rover berlepas menerusi roket Falcon 9 dari Stesen Angkasa Cape Canaveral di Florida.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perjalanan Rashid Rover ke bulan akan mengambil masa selama lima bulan, dan misi penerokaannya dijadualkan selama 14 hari. Gambar: AFP
Perjalanan Rashid Rover ke bulan akan mengambil masa selama lima bulan, dan misi penerokaannya dijadualkan selama 14 hari. Gambar: AFP

Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad mendedahkan rover penjelajah angkasa lepas pertama buatan tempatan bagi meneroka bulan "Rashid Rover" berjaya dilancarkan.

Rashid Rover berlepas menerusi roket Falcon 9 milik Amerika Syarikat, SpaceX dari Stesen Angkasa Cape Canaveral di Florida pada Ahad.

Perjalanan ke bulan dijangka mengambil masa kira-kira lima bulan berikutan penggunaan sistem jimat tenaga, manakala misi penerokaan di bulan akan mengambil masa lebih 14 hari, lapor Agensi Anadolu.

“UAE melancarkan rover penjelajah ‘Rashid Rover’ untuk mendarat di bulan, dan ia akan menjadi misi lunar keempat di dunia dan yang pertama bagi dunia Arab sekiranya berjaya dilaksanakan,” kata Timbalan Presiden dan Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum menerusi ciapan di Twitter.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.