- Iklan -
Dunia

Argentina rampas Piala Dunia daripada juara bertahan Perancis

Perancis bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menyamakan kedudukan dengan Kylian Mbappe menjaringkan dua gol dalam masa dua minit, termasuk sepakan penalti pada minit ke-80.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Pemain Argentina Lionel Messi mengangkat trofi Piala Dunia selepas berjaya membawa negara itu menjuarai perlawanan bagi kali ketiga menewaskan juara bertahan Perancis. Gambar: Reuters
Pemain Argentina Lionel Messi mengangkat trofi Piala Dunia selepas berjaya membawa negara itu menjuarai perlawanan bagi kali ketiga menewaskan juara bertahan Perancis. Gambar: Reuters

Argentina memenangi Piala Dunia pada Ahad selepas menewaskan juara bertahan Perancis 4-2 menerusi sepakan penalti, berikutan keputusan seri 3-3 yang dramatik selepas masa tambahan.

Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez menyelamatkan sepakan penalti Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni untuk memberikan Argentina gelaran juara dunia sejak 1986, dan menjadi kemenangan ketiganya bagi piala itu.

Perancis bangkit selepas ketinggalan dua gol untuk menyamakan kedudukan lebih 90 minit dengan Kylian Mbappe menjaringkan dua gol dalam masa dua minit, termasuk sepakan penalti pada minit ke-80.

Penyerang Perancis itu melengkapkan hatriknya pada minit ke-118 dengan satu lagi sepakan penalti selepas pemain Argentina Lionel Messi menyumbat gol ketiga pada minit ke-109.

Argentina mendahului 2-0 pada separuh masa pertama dengan dengan sepakan penalti Messi pada minit ke-23.

Mereka menyerang sekali lagi di mana akhirnya rembatan Alexis Mac Allister menemui Angel Di Maria dan beliau menamatkannya di gawal gol lawan.