- Iklan -
Dunia

Elon Musk akan letak jawatan CEO Twitter selepas temui pengganti

Selepas peletakan jawatannya sebagai CEO, beliau akan menerajui pasukan perisian dan pelayan Twitter.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail logo 3D Twitter di hadapan paparan gambar Elon Musk pada 27 Oktober. Gambar: Reuters
Gambar fail logo 3D Twitter di hadapan paparan gambar Elon Musk pada 27 Oktober. Gambar: Reuters

Elon Musk berkata beliau akan meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Twitter sebaik menemui pengganti untuk mengambil alih jawatan itu.

"Saya akan meletakkan jawatan sebagai CEO sebaik sahaja saya menemui seseorang yang 'foolish enough' untuk mengambil alih tugas itu!. 

"Selepas itu, saya hanya akan menerajui pasukan perisian & pelayan," kata Musk di Twitter pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.

Pengumuman Musk dibuat berikutan hasil tinjauan dalam talian yang disiarkannya di Twitter, sama ada beliau perlu meletakkan jawatan sebagai ketua platform media sosial itu. Beliau mengambil alih Twitter pada awal tahun lalu menerusi perjanjian berprofil tinggi bernilai AS$44 bilion.

"Saya akan mematuhi keputusan tinjauan pendapat ini," katanya.

Tinjauan itu menerima lebih 17.5 juta undian di seluruh dunia dengan majoriti 57.5% mahu beliau meletakkan jawatan berbanding hanya 42.5% mengatakan tidak.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.