- Iklan -
Dunia

Harga minyak mentah meningkat susulan penurunan stok di AS

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS melaporkan inventori minyak mentah negara itu berkurangan sebanyak 5.9 juta tong pada minggu berakhir 16 Disember.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Data menunjukkan penurunan ketara jumlah simpanan minyak mentah Amerika Syarikat setakat minggu lalu. Gambar: AFP
Data menunjukkan penurunan ketara jumlah simpanan minyak mentah Amerika Syarikat setakat minggu lalu. Gambar: AFP

Harga minyak mentah meningkat pada Rabu selepas data menunjukkan penurunan ketara jumlah simpanan minyak mentah Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.

West Texas Intermediate bagi penghantaran Februari menokok AS$2.06 atau 2.7% kepada AS$78.29 setong di New York Mercantile Exchange.

Minyak mentah Brent bagi penghantaran Februari meningkat AS$2.21 atau hampir 2.8%, untuk ditutup pada AS$82.2 setong di Bursa Hadapan ICE London.

Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS pada Rabu melaporkan inventori minyak mentah negara itu berkurangan sebanyak 5.9 juta tong pada minggu berakhir 16 Disember.

Penganalisis yang ditinjau oleh S&P Global Commodity Insights menjangkakan bekalan minyak mentah AS akan meningkat sebanyak 0.6 juta tong.

Menurut EIA, jumlah inventori gasolin motor meningkat 2.5 juta tong minggu lepas manakala inventori bahan api sulingan susut 0.2 juta tong.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.