Itali alami kemarau paling teruk sejak 1800
Suhu di seluruh negara dijangka meningkat lima hingga enam darjah Celsius melebihi purata pada malam tahun baru.
Terkini
Itali mengalami kemarau paling teruk sejak 1800 susulan panas melampau dan kekurangan hujan pada tahun ini, menurut Pusat Penyelidikan Kebangsaan Itali pada Selasa.
Rekod tahun ini berkaitan dengan purata suhu dan bacaan suhu tinggi, manakala suhu rendah direkodkan pada 2018, kata pakar klimatologi Pusat Bernardo Gozzini.
Sementara itu, suhu di seluruh negara dijangka meningkat lima hingga enam darjah Celsius melebihi purata pada malam tahun baru, lapor Agensi Anadolu.
Musim kemarau telah menyebabkan kerugian €6 bilion (AS$6.4 bilion), terutamanya dalam sektor pertanian, menurut Coldiretti iaitu organisasi petani terbesar di peringkat Eropah dan dianggotai 1.5 juta ahli.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.