- Iklan -
Dunia

Denmark musnahkan 50,000 ayam akibat wabak selesema burung

Virus H5N1 dikesan pada malam tahun baru selepas apabila beberapa ekor ayam ditemui mati di sebuah ladang berhampiran bandar Orum, Denmark.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Semua ayam yang dijangkiti dijangka dihapuskan oleh Agensi Pengurusan Kecemasan Denmark diikuti dengan kerja-kerja pembersihan menyeluruh dan pembasmian kuman di seluruh kawasan ladang akibat penularan wabak H5N1 di Orum, Denmark. Gambar: AFP
Semua ayam yang dijangkiti dijangka dihapuskan oleh Agensi Pengurusan Kecemasan Denmark diikuti dengan kerja-kerja pembersihan menyeluruh dan pembasmian kuman di seluruh kawasan ladang akibat penularan wabak H5N1 di Orum, Denmark. Gambar: AFP

Kira-kira 50,000 ekor ayam perlu dimusnahkan susulan penularan baru virus selesema burung di sebuah ladang di barat Denmark, menurut kenyataan Kementerian Makanan, Pertanian dan Perikanan negara itu pada Isnin .

"Ayam itu dijangkiti virus H5N1 yang mudah merebak dan boleh menyebabkan kematian. Kami akan memusnahkan 50,000 ekor ayam dalam tempoh beberapa hari akan datang," kata ketua bahagian Pentadbiran Veterinar dan Makanan Denmark (DVFA) Lotte Brink, lapor Xinhua.

Virus itu pertama kali dikesan pada malam tahun baru selepas apabila beberapa ekor ayam ditemui mati di sebuah ladang berhampiran bandar Orum di Perbandaran Hedensted, kira-kira 177km barat Copenhagen. 

Semua ayam yang dijangkiti dijangka dihapuskan oleh DVFA dan Agensi Pengurusan Kecemasan Denmark (DEMA) diikuti dengan kerja-kerja pembersihan menyeluruh dan pembasmian kuman di seluruh kawasan ladang.

Pada Isnin, DVFA telah menyenaraikan kawasan yang berada dalam lingkungan 10km dari ladang itu sebagai Zon Larangan, sebarang pengeluaran telur atau ayam tanpa permit dilarang sama sekali.

Penularan wabak selesema burung itu kali keempat berlaku sejak Oktober dan yang terbesar setakat ini, menurut kementerian berkenaan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.