Iran senarai hitam hampir 60 pegawai AS
Menteri Luar Iran Amir Abdollahian mendakwa AS dan Barat menggugat usaha Iran untuk meneruskan kes pembunuhan komenteri Qassem Soleimani.
Terkini
Tehran menyenaraihitamkan hampir 60 pegawai Amerika Syarikat (AS) kerana didakwa terlibat dalam kes pembunuhan komander tertinggi Iran Qassem Soleimani, lapor Xinhua, memetik Agensi Berita Mehr.
Dalam wawancara televisyen menjelang ulang tahun ketiga pembunuhan Soleimani, Menteri Luar Hossein Amir Abdollahian berkata Iran sedang menyiasat penglibatan pegawai berkenaan dalam pembunuhan itu.
Beliau mendakwa AS dan Barat menggugat usaha Iran untuk meneruskan kes itu secara sah, walaupun Tehran telah mengambil langkah yang perlu.
Amir Abdollahian berkata semasa rundingan Vienna baru-baru ini mengenai perjanjian nuklear 2015, Amerika menuntut bekas pegawai mereka dikeluarkan daripada senarai hitam Iran.
Soleimani maut dalam serangan dron berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada 3 Januari 2020 dan Iran mengutuk keras pembunuhan itu yang menyifatkan ia sebagai "keganasan negara."
Pada 8 Januari, Iran bertindak balas dengan melancarkan peluru berpandu ke pangkalan tentera AS Ain al-Asad di wilayah Anbar, Iraq.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.