- Iklan -
Luar Sana

Peru isytihar perintah berkurung di wilayah Puno

Perintah berkurung akan berkuatkuasa selama tiga hari bermula dari 8 malam hingga 4 pagi waktu tempatan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Alberto Otarola berkata perintah berkurung selama tiga hari itu akan bermula dari 8 malam hingga 4 pagi waktu tempatan. Gambar: Reuters
Perdana Menteri Alberto Otarola berkata perintah berkurung selama tiga hari itu akan bermula dari 8 malam hingga 4 pagi waktu tempatan. Gambar: Reuters

Peru pada Selasa mengenakan perintah berkurung di wilayah Puno selepas pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan yang menyebabkan 18 orang maut. 

Perdana Menteri Alberto Otarola berkata perintah berkurung selama tiga hari itu akan bermula dari 8 malam hingga 4 pagi waktu tempatan, lapor Agensi Anadolu.

Pertempuran pada Isnin itu mula meletus apabila kira-kira 2,000 orang cuba menyerbu lapangan terbang di bandar Juliaca di wilayah Puno.

Protes ganas berlaku di Peru sejak 7 Disember apabila bekas presiden Pedro Castillo digulingkan dan ditahan selepas cuba membubarkan Kongres dalam usaha untuk mengelakkan pemecatan beliau atas dakwaan rasuah.

Pemecatan beliau mencetuskan bantahan di seluruh negara selama beberapa hari yang menyebabkan sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh setakat ini.

Penunjuk perasaan menuntut pilihan raya awal diadakan dan pembebasan Castillo yang sedang menjalani tahanan pascaperbicaraan selama 18 bulan.

Presiden Dina Boluarte yang menggantikan Castillo berkata beliau mencadangkan kepada Kongres untuk mempercepat pilihan raya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.