- Iklan -
Luar Sana

Apple potong gaji Tim Cook 40% tahun ini

Prestasi Apple dijangka meningkat kepada 75% pada 2023 berbanding 50%.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
CEO Apple, Tim Cook. Gambar: Reuters
CEO Apple, Tim Cook. Gambar: Reuters

Gergasi teknologi Apple memotong ganjaran ketua eksekutifnya Tim Cook lebih 40% berdasarkan panduan pelabur selain atas permintaan Cook sendiri.

Dalam pendedahan kawal selia syarikat itu yang difailkan pada Khamis, sasaran pampasan Cook akan dikurangkan kepada AS$49 juta pada 2023 berbanding AS$84 juta pada 2022, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Antara perubahan lain, peratusan unit saham yang diberikan kepada Cook yang terikat kepada prestasi Apple akan meningkat kepada 75% pada 2023 berbanding 50% selain untuk tahun-tahun akan datang, kata syarikat itu.

Pada 2022, Cook menerima ganjaran berjumlah AS$99.42 juta termasuk gaji pokok, geran saham dan insentif berbanding AS$98.73 juta yang diterimanya pada 2021 dan AS$14.77 juta pada 2020.

Jumlah pampasan yang diterima Cook pada 2022 meliputi AS$3 juta gaji pokok, AS$82.99 juta pemberian saham, ganjaran pelan insentif bukan ekuiti sebanyak AS$12 juta dan pampasan lain sebanyak AS$1.43 juta.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.