- Iklan -
Luar Sana

Pembunuh Abe didakwa selepas jalani ujian psikiatri

Tuduhan rasmi dibuat selepas Yamagami menjalani perbicaraan psikiatri enam bulan bagi menentukan kesihatan mentalnya.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar yang diambil pada 10 Julai 2022 menunjukkan Tetsuya Yamagami, suspek utama pembunuhan bekas perdana menteri Jepun, Shinzo Abe yang dibawa keluar dari balai polis Nara Nishi ke pejabat pendakwa raya. Gambar: AFP

Pejabat Pendakwa Raya Daerah Nara pada Jumaat mendakwa Tetsuya Yamagami, 42 atas tuduhan membunuh bekas Perdana Menteri Shinzo Abe, lapor Xinhua memetik laporan akhbar Yomiuri Shimbun 

Dia juga didakwa melanggar undang-undang kawalan senjata Jepun, menurut laporan itu.

Tuduhan rasmi dibuat selepas Yamagami menjalani perbicaraan psikiatri enam bulan bagi menentukan kesihatan mentalnya.

Yamagami ditahan di tempat kejadian pada 8 Julai tahun lepas selepas didakwa menembak bekas perdana menteri Abe dua kali dari jarak dekat dengan pistol buatan tangan.

Abe, 67, ketika itu sedang menyampaikan ucapan di wilayah barat Nara, menjelang pilihan raya dewan negara.

Yamagami, bekas pekerja Pasukan Bela Diri Maritim, didakwa menyimpan dendam terhadap Gereja Penyatuan kerana meminta derma berjumlah sekitar 100 juta yen (AS$774,000) dari ibunya.

Pembunuh itu dilaporkan percaya Abe mempunyai kaitan dan mempromosikan organisasi itu.