- Iklan -
Luar Sana

Gempa bumi 6.2 magnitud landa Indonesia Barat

Gempa berlaku pada 5.30 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa terletak 47km di tenggara daerah Singkli Aceh dengan kedalaman 23km di bawah dasar laut.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Rumah penduduk ranap akibat susulan gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi, Indonesia pada 26 September 2019. Gempa bumi sering berlaku kerana negara itu terletak di Lingkaran Api Pasifik. Gambar: Reuters
Rumah penduduk ranap akibat susulan gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi, Indonesia pada 26 September 2019. Gempa bumi sering berlaku kerana negara itu terletak di Lingkaran Api Pasifik. Gambar: Reuters

Gempa bumi bermagnitud 6.2 melanda wilayah barat Aceh di Indonesia pada pagi Isnin namun tidak menyebabkan kerosakan atau kemalangan jiwa, lapor Xinhua memetik agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.

Agensi itu melaporkan gempa berlaku pada 5.30 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa terletak 47km di tenggara daerah Singkli Aceh dengan kedalaman 23km di bawah dasar laut.

Gempa bumi itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami, menurut agensi itu.

Gegaran turut dirasai di wilayah Sumatera Utara yang berdekatan. Gegaran dirasai lemah oleh penduduk di dua wilayah itu dan tidak merosakkan rumah atau bangunan, menurut Abdul Muhari, jurucakap agensi pengurusan dan mitigasi bencana negara.

"Gempa ini tidak menyebabkan mangsa cedera dan gegaran juga tidak menyebabkan kerosakan. Kami memeriksa kawasan yang dilanda gempa, terutama lokasi yang paling teruk dilanda gempa itu," katanya kepada Xinhua melalui telefon.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.