- Iklan -
Luar Sana

Salji, hujan lebat berterusan di California

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden lewat Sabtu mengisytiharkan bencana besar di negeri paling ramai penduduk di negara itu.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Air banjir melimpah dari tebing Sungai Rusia berikutan rantaian ribut musim sejuk, di Guerneville, California, 15 Januari. Gambar: Reuters
Air banjir melimpah dari tebing Sungai Rusia berikutan rantaian ribut musim sejuk, di Guerneville, California, 15 Januari. Gambar: Reuters

Penduduk California terpaksa berdepan situasi mencabar apabila ribut membadai negeri itu buat kali kesembilan berturut-turut dalam tempoh tiga minggu.

Fenomena itu turut mengakibatkan banjir kilat, salji lebat dan meragut 19 nyawa setakat ini. Pakar kaji cuaca meramalkan lebih banyak perkara yang sama berulang dalam beberapa hari akan datang.

"Hujan dan salji lebat akan berterusan meliputi kawasan Barat," kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS). 

Satu hingga tiga kaki (30 hingga 91sm) salji turun pada hujung minggu di bahagian Sierra Nevada, California. 

Stesen penyelidikan Universiti California di Berkeley melaporkan beberapa kawasan di tengah Sierra mengalami luruhan salji lebih tujuh kaki dalam tempoh tujuh hari yang lalu dan ia berterusan.

"Tempoh salji sederhana hingga lebat akan berterusan hingga Isnin," tulis pejabat NWS di Sacramento di Twitter.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden lewat Sabtu mengisytiharkan bencana besar di negeri paling ramai penduduk di negara itu.

Ini sekali gus membolehkan kerajaan persekutuan mempercepatkan bantuan membaik pulih rumah dan menyediakan penempatan sementara kepada penduduk California yang dilanda banjir dan tanah runtuh. 

Cuaca lebih kering berlaku awal minggu ini di negeri yang sering dilanda kemarau berbanding kawasan banjir menyebabkan ladang digenangi air, memutuskan laluan perhubungan utama dan menenggelamkan beberapa bandar.

"Cuaca kering kembali pada Selasa, diikuti sistem yang lemah pada Rabu," tulis NWS di Twitter.

Menurut NWS, beberapa kawasan mungkin dilanda banjir "terutamanya negeri yang mengalami cuaca lembap.”

Lebih 11,000 rumah terputus bekalan elektrik di California, menurut portal poweroutage.us, hari ini.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.