- Iklan -
Luar Sana

Populasi China susut kali pertama sejak 1961

Kebanyakan kemerosotan demografi adalah hasil daripada dasar satu keluarga seorang satu anak yang dikenakan antara 1980 dan 2015 ditambah dengan kos pendidikan yang tinggi.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Kanak-kanak bermain buaian di taman permainan di Beijing, China 14 Januari. Gambar: Reuters
Kanak-kanak bermain buaian di taman permainan di Beijing, China 14 Januari. Gambar: Reuters

Populasi penduduk China merosot buat kali pertama tahun lalu sejak 1961, satu perubahan bersejarah yang dijangka menandakan permulaan tempoh penurunan yang panjang dalam bilangan warganya dan menyaksikan India menjadi negara paling ramai penduduk di dunia pada 2023. 

Menurut Biro Perangkaan Kebangsaan China, republik itu mempunyai 1.41175 bilion orang pada akhir 2022, berbanding 1.41260 bilion tahun sebelumnya.

Kadar kelahiran tahun lalu ialah 6.77 kelahiran bagi setiap 1,000 orang, turun berbanding kadar 7.52 kelahiran pada 2021 dan menandakan kadar kelahiran terendah direkodkan. 

China juga mencatatkan kadar kematian tertinggi sejak 1976, dengan 7.37 kematian bagi setiap 1,000 orang berbanding 7.18 kematian pada 2021. 

Kebanyakan kemerosotan demografi adalah hasil daripada dasar satu keluarga seorang satu anak yang dikenakan antara 1980 dan 2015 ditambah dengan kos pendidikan yang tinggi menyebabkan ramai tidak mempunyai lebih daripada seorang anak.

Selain itu, dasar ketat sifar Covid di China yang dilaksanakan selama tiga tahun sebelum ditarik balik secara mengejut yang mengatasi kemudahan perubatan, menyebabkan kemusnahan kepada tinjauan demografi negara itu, kata pakar populasi penduduk. 

Walaupun kerajaan tempatan sejak 2021 melancarkan langkah untuk menggalakkan orang ramai melahirkan lebih banyak bayi termasuk menyediakan insentif potongan cukai, cuti bersalin yang lebih lama dan subsidi perumahan, namun langkah-langkah itu dijangka tidak menghentikan trend jangka panjang.