- Iklan -
Luar Sana

Ukraine semakin hampir terima kereta kebal moden Barat, peluru berpandu

Menurut Ukraine kereta kebal itu akan melengkapkan tenteranya dengan persenjataan mudah alih untuk mengusir tentera Rusia ketika pertempuran.

Reuters
2 minit bacaan
Kongsi
Kereta kebal Leopard 2 buatan Jerman, yang dikendalikan oleh tentera di kira-kira 20 negara, dianggap sebagai salah satu kereta kebal terbaik di Barat. Gambar: Reuters 
Kereta kebal Leopard 2 buatan Jerman, yang dikendalikan oleh tentera di kira-kira 20 negara, dianggap sebagai salah satu kereta kebal terbaik di Barat. Gambar: Reuters 

Ukraine semakin hampir mendapatkan kelulusan untuk mendapatkan kereta kebal tempur moden buatan Jerman bagi berdepan dengan tentera Rusia yang menceroboh negara itu.

Malah, Ukraine juga dijangka menerima lebih banyak peluru berpandu jenis Patriot ketika sekutunya dilihat bersedia untuk bekerjasama dalam fasa perang seterusnya. 

Negara itu bergantung sepenuhnya kepada kereta kebal jenis T-72 era Soviet. Kereta kebal Leopard 2 Jerman, yang dikendalikan oleh tentera di kira-kira 20 negara, dianggap sebagai salah satu kereta kebal terbaik di Barat. 

Kereta kebal dengan berat lebih 60 tan itu, dilengkapi penembak 120mm dan boleh mengenai sasaran pada jarak sehingga 5km. 

Menurut kerajaan Ukraine, kereta kebal itu akan melengkapkan tenteranya dengan persenjataan mudah alih untuk mengusir tentera Rusia ketika pertempuran.

Jerman adalah negara Barat yang bersetuju menghantar kereta kebal pada skala besar, bagaimanapun seorang menteri Kabinet berkata isu itu akan menjadi yang pertama diputuskan oleh menteri pertahanan baharu Boris Pistorius. 

Beliau akan menjadi tuan rumah kepada Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin esok menjelang pertemuan berpuluh-puluh menteri pertahanan pada Jumaat di pangkalan udara Ramstein di Jerman.

Barat menyediakan bekalan senjata secara berterusan ke Ukraine sejak Rusia menceroboh negara itu pada 24 Februari lalu dalam apa yang dipanggil sebagai"operasi ketenteraan khas" bagi melindungi keselamatannya kerana jirannya semakin rapat dengan Kesatuan Eropah.

Ukraine dan sekutunya menuduh Moscow berperang tanpa provokasi untuk merebut wilayah dan menghapuskan kemerdekaan rakan bekas republik Soviet. 

Pihak sekutu mesti memperhebatkan sokongan ketenteraan mereka kepada Ukraine untuk membantu mereka mematahkan serangan barisan hadapan dan mengelak pertempuran berpanjangan, kata menteri luar Britain, James Cleverly, dalam lawatan ke Washington hari ini.

"Apa yang kami lihat apabila anda mengalami konflik yang kejam dan dahsyat seperti ini ialah kehilangan nyawa yang besar. Dan itu tidak mungkin apa yang kami mahu lihat – itulah sebabnya kami fikir sekarang adalah masa yang sesuai untuk memperhebatkan sokongan kami kepada Ukraine," Cleverly  memberitahu sekumpulan wartawan. 

Malah di Washington, Perdana Menteri Belanda Mark Rutte memberitahu Presiden AS Joe Biden tentang rancangan negara itu untuk menawarkan sistem pertahanan peluru berpandu Patriot buatan AS ke Ukraine, bekerjasama dengan Jerman di tengah-tengah serangan bertubi-tubi dari Rusia. 

Bulan lalu, Washington mengumumkan bantuan ketenteraan tambahan untuk Ukraine, termasuk pemindahan sistem Patriot, yang dianggap sebagai salah satu sistem pertahanan udara AS paling canggih yang menawarkan perlindungan terhadap pesawat, pelayaran dan peluru berpandu balistik.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.