- Iklan -
Berita

Nasa, Boeing reka pesawat cekap bahan bakar

Menerusi kerjasama ini ia akan menjadikan penerbangan lebih mampan dan boleh dipercayai.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Logo Nasa di Pusat Angkasa Lepas Kennedy, Amerika Syarikat. Gambar: Reuters.
Logo Nasa di Pusat Angkasa Lepas Kennedy, Amerika Syarikat. Gambar: Reuters.

Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat, Nasa dan pembuat pesawat Boeing akan bekerjasama mencipta pesawat yang mampu menjimatkan bahan bakar, lapor agensi berita Jerman dpa, memetik pengumuman Nasa pada Rabu.

"Sejak awal Nasa bersama anda... Nasa kini berusaha pergi lebih jauh, lebih pantas, lebih tinggi. Dengan berbuat demikian, Nasa menjadikan penerbangan lebih mampan dan boleh dipercayai.

"Adalah menjadi matlamat kami agar kerjasama NASA dengan Boeing dapat menghasilkan dan menguji pesawat komersial yang lebih cekap bahan api, yang memberi manfaat kepada alam sekitar, industri penerbangan komersial dan kepada penumpang di seluruh dunia," pentadbir NASA Bill Nelson berkata dalam satu kenyataan.

Nasa akan melabur kira-kira RM1.84 bilion untuk membina, menguji dan menerbangkan pesawat demo berskala penuh selama tujuh tahun, manakala Boeing dan rakan kongsinya akan menyumbang baki pembiayaan perjanjian yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3.13 bilion.

Agensi itu juga akan menyumbang kepakaran teknikal dan kemudahan sebagai sebahagian daripada perjanjian.

Nasa bercadang untuk menyelesaikan ujian bagi projek itu pada akhir 2020-an supaya reka bentuk baharu pesawat itu mampu membelah awan menjelang 2030.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.