- Iklan -
Luar Sana

Republik Czech akan adakan pusingan akhir pemilihan presiden

Jeneral tentera Czech yang bersara dan bekas pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan Nato Petr Pavel dan bekas Perdana Menteri Andrej Babis dijangka bertanding.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Calon Presiden Petr Pavel dan Andrej Babis akan bertanding selepas masing-masing menerima 35.4% dan 34.99% undian pada pusingan pertama. Gambar: Reuters
Calon Presiden Petr Pavel dan Andrej Babis akan bertanding selepas masing-masing menerima 35.4% dan 34.99% undian pada pusingan pertama. Gambar: Reuters

Republik Czech akan mengadakan pusingan akhir pilihan raya presiden dari 27 hingga 28 Januari, lapor Sputnik.

Jeneral tentera Czech yang bersara dan bekas pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan Nato Petr Pavel dan bekas Perdana Menteri Andrej Babis akan bertanding selepas masing-masing menerima 35.4% dan 34.99% undian pada pusingan pertama.

Tinjauan pendapat terkini menunjukkan Pavel merupakan calon pilihan untuk memenangi pusingan seterusnya dan menggantikan pemimpin penyandang Milos Zeman.