- Iklan -
Luar Sana

Pengendali insurans di New Zealand rekod tuntutan tertinggi

Ia berikutan ribut teruk dan banjir kilat melanda sekitar bandar raya Auckland.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Tangkap layar semua video daripada media sosial menunjukkan kawasan di Auckland di naiki air akibat hujan lebat,  27 Januari. Gambar: Reuters
Tangkap layar semua video daripada media sosial menunjukkan kawasan di Auckland di naiki air akibat hujan lebat, 27 Januari. Gambar: Reuters

Pengendali insurans utama di New Zealand termasuk Insurance Australia Group dan Suncorp Group secara kumulatif menerima lebih 9,000 tuntutan setakat ini berikutan ribut teruk dan banjir kilat di sekitar bandar raya Auckland. 

Setakat pagi Isnin, jenama insurans Vero dan AA Insurance menerima kira-kira 3,000 tuntutan, manakala jenama AMI, State dan New Zealand Insurance mengemukakan lebih 5,000 tuntutan. 

Tower Ltd berkata, syarikat itu menerima lebih 1,000 tuntutan sejak Jumaat, dan menyatakan kerugian adalah "banyak". 

"Ini adalah peristiwa yang sangat penting yang akan mengakibatkan banyak tuntutan," menurut The Insurance Council of New Zealand. 

Syarikat insurans menjangkakan jumlah tuntutan akan meningkat lagi dalam beberapa hari akan datang, memandangkan keadaan tidak menentu terus berlaku dan pelanggan mengalami kerosakan.

Empat orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Auckland sejak tiga hari lalu dan berjuta-juta dolar kemudahan mengalami kerosakan. Darurat banjir kekal di bandar yang mempunyai 1.6 juta penduduk itu.

Auckland mengalami merekodkan taburan hujan tinggi sejak Jumaat dan dijangka menerima hujan lebat selanjutnya dalam beberapa hari akan datang, menurut majlis bandar itu. 

Institut Penyelidikan Air dan Atmosfera Kebangsaan (NIWA) berkata bahawa Auckland kini merekodkan lebih daripada lapan kali purata hujan Januari dan 40% daripada purata hujan tahunannya. 

Pada Isnin, saham senarai awam Tower Ltd merosot 8.5% kepada NZ$0.650, penurunan terbesar sejak 17 Mac 2020. 

Saham IAG turun 5.9%, menuju ke sesi terburuknya dalam tempoh 15 bulan. Suncorp jatuh 2.8%, manakala QBE Insurance, yang masih belum memberikan butiran lanjut mengenai tuntutan yang diterima, turun 2.9%.