Luar Sana
Erdogan isytihar Turkiye berkabung 7 hari
Ia susulan gempa bumi yang mengorbankan lebih 3,800 nyawa di Turkiye dan Syria setakat ini.
AFP
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Terkini
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan tempoh berkabung selama tujuh hari susulan gempa bumi kuat yang mengorbankan lebih 3,800 nyawa di negara itu dan jirannya Syria.
"Tempoh berkabung diisytiharkan selama tujuh hari. Bendera kami akan dinaikkan separuh tiang sehingga matahari terbenam pada Ahad, 12 Februari 2023, di semua pejabat perwakilan negara dan negara asing," tulis Erdogan di Twitter.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi