- Iklan -
Luar Sana

AS akan bertindak terhadap ancaman China, kata Biden

Biden berkata beliau komited bekerjasama dengan China yang boleh meningkatkan kepentingan AS selain memberi manfaat kepada dunia.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden AS Joe Biden ketika menyampaikan ucapan pada sesi bersama Kongres di US Capitol, 7 Februari. Gambar: Reuters
Presiden AS Joe Biden ketika menyampaikan ucapan pada sesi bersama Kongres di US Capitol, 7 Februari. Gambar: Reuters

Amerika Syarikat (AS) akan bertindak melindungi negaranya  sekiranya China mengancam kedaulatannya, kata Presiden AS Joe Biden dalam ucapan tahunan pada Selasa.

Biden berkata beliau komited bekerjasama dengan China yang boleh meningkatkan kepentingan AS selain memberi manfaat kepada dunia, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

"Tetapi…andai China mengancam kedaulatan kami, kami akan bertindak untuk melindungi negara kami. Dan kami akan buktikannya,” kata Biden.

Pada Ahad lepas AS menembak jatuh belon pengintip yang disyaki milik China, yang berlegar di ruang udara negara itu selama beberapa hari. 

Biden berkata beliau telah menjelaskan kepada Presiden China Xi Jinping bahawa AS mahukan persaingan, bukan konflik.

"Saya tidak akan meminta maaf kerana kami melabur untuk menjadikan Amerika kukuh. Melabur dalam inovasi Amerika, dalam industri yang akan menentukan masa depan yang kerajaan China mahu mendominasinya,” katanya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.