- Iklan -
Luar Sana

Pemberian dos penggalak kelima Covid-19 di Australia diperluas

Keputusan tersebut memperluaskan kelayakan untuk suntikan penggalak itu merangkumi kira-kira 14 juta orang, lebih separuh daripada penduduk negara itu.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita melakukan ujian Covid-19 di pusat saringan di Sydney, Autralia, 5 Januari 2022. Gambar: Reuters
Seorang wanita melakukan ujian Covid-19 di pusat saringan di Sydney, Autralia, 5 Januari 2022. Gambar: Reuters

Australia akan melancarkan pemberian dos kelima vaksin Covid-19 akhir bulan ini kepada semua warganegara berumur 18 tahun dan ke atas yang tidak dijangkiti virus itu atau diberi vaksin dalam tempoh enam bulan lalu, kata Menteri Kesihatan Mark Butler hari ini. 

Keputusan tersebut memperluaskan kelayakan untuk suntikan penggalak itu merangkumi kira-kira 14 juta orang, lebih separuh daripada penduduk negara itu, yang akan ditawarkan vaksin khusus varian Omicron mulai 20 Februari, kata Butler. 

Setakat ini, hanya individu yang mengalami gangguan imun yang teruk disyorkan untuk mengambil dos kelima dan dinasihatkan untuk menerima dos penggalak tiga bulan selepas suntikan keempat mereka.

Australia, yang merupakan antara negara yang paling banyak divaksinasi susulan virus tersebut, setakat ini memberikan dua dos vaksin kepada 95% individu yang berumur 16 tahun ke atas. Ini membantu Australia mengekalkan jumlah jangkitan secara relatif lebih rendah berbanding dengan negara maju yang lain. 

Bagaimanapun, pengambilan dos penggalak yang perlahan, dengan data rasmi menunjukkan sekitar 72% menerima dos ketiga dan hanya 44% dos keempat.

Butler berkata individu berumur 65 tahun ke atas kekal berisiko tinggi mendapat penyakit teruk dan kematian akibat virus tersebut dan mereka digesa untuk mengambil suntikan kelima jika mereka layak.

Pelancaran pemberian dos kelima akan membantu "menangani apa yang tidak dapat dielakkan akan menjadi fasa seterusnya gelombang Covid-19 seterusnya dalam tempoh 2023," kata Butler. 

Kerajaan juga menetapkan semua individu berumur 18 hingga 29 tahun layak mendapatkan dos keempat selepas kumpulan penasihat imunisasi Australia mengemas kini cadangannya. 

Sebelum ini, hanya individu berumur di atas 30 tahun atau kumpulan yang terjejas imun disyorkan untuk dos keempat.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.