- Iklan -
Luar Sana

AS, UK dan Australia buat latihan udara susulan kejadian belon 'pengintip' China

Jika kami bersedia dengan ancaman China, maksudnya kami bersedia untuk sesiapa sahaja, kata kolonel tentera udara AS.

Reuters
2 minit bacaan
Kongsi
Seorang kru pesawat Voyager KC-30 melakukan pemeriksaan rutin semasa latihan ketenteraan Red Flag antara Amerika Syarikat, Britain dan Australia, di Las Vegas, Nevada, 8 Februari 2023. Gambar: Reuters
Seorang kru pesawat Voyager KC-30 melakukan pemeriksaan rutin semasa latihan ketenteraan Red Flag antara Amerika Syarikat, Britain dan Australia, di Las Vegas, Nevada, 8 Februari 2023. Gambar: Reuters

Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia melakukan latihan udara bersama pada Rabu di sekitar Nevada sebagai sebahagian daripada usaha untuk operasi tempur tahap tinggi terhadap pesawat pejuang dan pertahanan udara China.

Reuters mengikuti tentera British selama tiga jam semasa latihan Red Flag untuk tiga minggu yang dikepalai AS dengan menaiki pesawat tangki minyak KC-2 Voyager Britain, yang pada Rabu membekalkan bahan api untuk jet pejuang AS dan British.

Komander Skuadron Latihan Tempur ke-414, Kolonel Tentera Udara AS Jared J Hutchinson yang mengendalikan Red Flag berkata, latihan tahunan itu tidak terikat dengan sebarang kejadian baru-baru ini. 

Pada Sabtu, sebuah jet pejuang AS menembak jatuh belon "pengintip" China di luar pantai Carolina Selatan, yang meningkatkan ketegangan.

"(China cuma) cabaran yang kami latih supaya kami bersedia... Kami fikir jika kami bersedia untuk China, kami bersedia untuk sesiapa sahaja," kata Hutchinson, memetik dasar AS.

Latihan tersebut turut menangani jarak yang akan ditempuhi oleh tiga negara itu apabila beroperasi merentasi Pasifik, selain meningkatkan kebolehoperasian tentera udara masing-masing.

Bagi kru yang menaiki Voyager Tentera Udara Diraja, ianya berfungsi sebagai sejenis stesen minyak di langit yang menyediakan pengisian minyak udara ke udara pesawat pejuang yang menjalankan misi simulasi.

Komander Tentera Mobiliti Udara RAF, Komodor Udara John Lyle memberitahu Reuters bahawa misi semasa latihan Red Flag akan menyerupai cara tentera udara ke "kawasan di mana terdapat pencerobohan oleh negara musuh."

"Jadi peranan kami adalah untuk menyokong pasukan meneruskan secara berkesan ke kawasan yang telah diduduki dan untuk menjalankan penyasaran aset utama bagi membolehkan kami merendahkan keupayaan musuh," kata Lyle, tanpa menyebut nama China, atau kawasan yang disimulasikan telah diceroboh.

Pentagon telah menyuarakan kebimbangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini mengenai tekanan Beijing terhadap Taiwan.

Di luar pesawat tangki, Britain juga menerbangkan jet pejuang Eurofighter Typhoon dalam latihan tersebut. Australia menyumbang pesawat EA-18G Growler, menurut data yang diberikan oleh penganjur Red Flag.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.