- Iklan -
Luar Sana

Korea Utara tayang peluru berpandu nuklear terbesar

Perarakan waktu malam itu turut pamer unit nuklear taktikal, lapor media negara komunis.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Kenderaan tentera mengambil bahagian dalam perarakan ulang tahun ke-75 penubuhan tentera Korea Utara, di Pyongyang, 8 Februari. Gambar: Reuters
Kenderaan tentera mengambil bahagian dalam perarakan ulang tahun ke-75 penubuhan tentera Korea Utara, di Pyongyang, 8 Februari. Gambar: Reuters

Korea Utara mempamerkan pengeluaran peluru berpandunya semasa perarakan waktu malam, lapor media kerajaan pada Khamis, yang mana ia turut memaparkan lebih banyak peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) berbanding sebelum ini.

Negara komunis itu mengadakan perarakan tentera di Pyongyang pada Rabu sebagai menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan tenteranya, kata agensi berita KCNA.

Pemimpin Kim Jong Un hadir bersama anak perempuannya, yang dilihat memainkan peranan sebagai bakal pemimpin dalam pemerintahan diktator.

ICBM Korea Utara mempunyai keupayaan nuklear "terhebat", kata KCNA, menambah bahawa perarakan itu juga menampilkan unit nuklear taktikal.

Imej yang dikeluarkan oleh media kerajaan menunjukkan sebanyak 11 Hwasong-17, ICBM terbesar Korea Utara, yang disyaki mempunyai kemampuan untuk menyerang hampir semua tempat di pelusuk dunia dengan kepala peledak nuklear.

"Secara kumulatifnya lebih banyak pelancar ICBM daripada yang pernah kita lihat sebelum ini pada perarakan Korea Utara," kata Ankit Panda dari Carnegie Endowment for International Peace yang berpangkalan di Amerika Syarikat, melalui Twitter.

Jika ICBM sedemikian dilengkapi dengan pelbagai kepala peledak, jumlah itu mungkin cukup untuk menyaingi sistem pertahanan peluru berpandu AS sedia ada, tambahnya.

Hwasong-17 pertama kali diuji tahun lepas.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.