- Iklan -
Luar Sana

Filipina terbuka kepada pakatan tentera dengan Jepun, kata presiden

Perjanjian itu untuk perkukuh kedudukan Filipina di tengah dakwaan China yang ianya bakal timbulkan ketegangan serantau.

Reuters
2 minit bacaan
Kongsi
Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida (kanan) selepas tamat sidang media bersama mereka di Tokyo, Jepun, 09 Februari. Gambar: Reuters
Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida (kanan) selepas tamat sidang media bersama mereka di Tokyo, Jepun, 09 Februari. Gambar: Reuters

Presiden Ferdinand Marcos Jr berkata pada Ahad Filipina mungkin akan mengadakan Perjanjian Pasukan Tentera Pelawat (VFA) dengan Jepun jika ia boleh meningkatkan keselamatan maritim dan memastikan perlindungan yang lebih besar kepada nelayannya

Bagaimanapun, Marcos juga berkata beliau akan berhati-hati dalam meneruskan pakatan dengan Tokyo itu "kerana kami tidak mahu kelihatan provokatif."

Lawatan pertama Marcos ke Jepun sejak memegang jawatan baru-baru ini juga memberikan akses kepada Amerika Syarikat (AS) ke pangkalan tentera tambahan di Filipina di bawah VFA, satu langkah yang dikatakan China sebagai menjejaskan kestabilan serantau dan menimbulkan ketegangan. 

VFA menyediakan peraturan untuk penggiliran beribu-ribu tentera AS masuk dan keluar dari Filipina untuk latihan.

"Jika ia akan membantu Filipina dari segi melindungi, contohnya nelayan kita, melindungi wilayah maritim kita...saya tidak nampak kenapa kita tidak patut laksana (VFA)," kata Marcos kepada pemberita sebelum pulang Manila pada Ahad.

Marcos berada di Jepun untuk lawatan lima hari, bagi mengeratkan lagi hubungan keselamatan dengan Tokyo, yang pada Disember mengumumkan pembinaan tentera terbesarnya sejak Perang Dunia Kedua, didorong oleh kebimbangan mengenai tindakan agresif China di rantau itu.

Marcos dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida menandatangani perjanjian untuk membenarkan angkatan bersenjata mereka bekerjasama semasa bantuan bencana, satu perjanjian yang dilihat sebagai satu langkah ke arah pakatan yang lebih luas, yang membolehkan mereka saling mengerahkan pasukan tentera di negara masing-masing.

"Saya sentiasa memikirkan tentang keperluan untuk melindungi nelayan kita. Kita perlu tunjuk dengan jelas yang kita sedang meronda perairan kita dan memastikan bahawa wilayah maritim kita diiktiraf dengan jelas," kata Marcos.

Filipina mempunyai VFA dengan AS, manakala Tokyo mempunyai VFA dengan Australia dan Britain, selain menjadi tuan rumah terbesar tentera AS di luar negara.

Jepun mengadakan latihan ketenteraan dengan AS dan Filipina pada Oktober lepas, malah kehadiran tenteranya di Filipina boleh membantu menentang pengaruh China di Laut China Selatan, yang Beijing dakwa kebanyakan perairan itu sebagai miliknya, termasuk wilayah yang Manila dakwa miliknya.

Kishida berkata Filipina dan Jepun bersetuju untuk mencuba dan mewujudkan rangka kerja yang akan "menguatkan dan melicinkan proses latihan bersama".

Dalam satu wawancara dengan Nikkei pada Ahad, Marcos berkata negaranya boleh ditarik ke dalam konflik di Selat Taiwan kerana berdekatan dengan pulau yang diperintah sendiri yang China dakwa sebagai sebahagian daripada miliknya.

"Apabila kita lihat keadaan di kawasan itu, terutamanya ketegangan di Selat Taiwan, kita dapat nampak, dengan lokasi geografi kita, jika sebenarnya terdapat konflik di kawasan itu... amat sukar untuk membayangkan senario di mana Filipina entah bagaimana tidak akan terlibat," kata Marcos.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.