- Iklan -
Luar Sana

Israel benarkan 9 penempatan baharu di Tebing Barat

Ini keputusan pertama rejim itu sejak Netanyahu kembali berkuasa Disember lepas.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki memegang bendera Israel sambil berdiri di hadapan gambar besar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di Tel Aviv, Israel, 28 Januari. Gambar: Reuters
Seorang lelaki memegang bendera Israel sambil berdiri di hadapan gambar besar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di Tel Aviv, Israel, 28 Januari. Gambar: Reuters

Kerajaan Israel pada Ahad membenarkan sembilan penempatan dibuka di Tebing Barat, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Keputusan itu sebagai tindak balas terhadap dua serangan di Baitulmaqdis baru-baru ini yang mengorbankan 10 warga Israel, menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Sembilan komuniti berkenaan telah mendiami kawasan itu sejak bertahun-tahun termasuk sebahagiannya yang wujud selama berdekad, menurut kenyataan itu.

Jawatankuasa perancangan akan bersidang dalam tempoh beberapa hari akan datang untuk meluluskan rumah di penempatan baharu itu.

Ini merupakan keputusan pertama kerajaan meluluskan bangunan baharu di penempatan Israel sejak Netanyahu memegang jawatan itu dua bulan lepas.

Israel menguasai Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur selain wilayah lain semasa Perang Enam Hari 1967. Kira-kira 600,000 warga Israel kini menetap di lebih 200 penempatan di situ.

Pada 2016, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan penempatan ini melanggar undang-undang antarabangsa dan menggesa Israel menghentikan semua aktiviti penempatan.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi