Beberapa letupan menggegarkan Semenanjung Gaza pada awal Isnin, menurut saksi Reuters, ketika tentera Israel mendakwa ia menyerang kubu bawah tanah yang digunakan Hamas bagi menghasilkan roket.
Serangan udara itu dibuat susulan serangan roket yang didakwa Israel dilancarkan dari Gaza pada hujung minggu. Bagaimanapun belum ada pihak dari Palestin yang mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu.
Dalam pada itu, seorang saksi berkata, tentera Israel telah mengepung sebuah rumah di bandar Nablus di Tebing Barat yang diduduki Israel, dengan tembakan berlaku dan kemungkinan adanya kematian.
Den of Lions, kumpulan bersenjata Palestin yang berpangkalan di Nablus dan Jenin menjadi sasaran intensif Israel sejak setahun lepas berkata, ia telah menyerang hendap sebuah unit tentera. Pihak Israel bagaimanapun belum memberi sebarang komen berhubung kejadian itu.
Pasukan keselamatan Hamas yang menguasai Gaza pada 2007 dan telah beberapa kali berperang dengan Israel. Apabila kumpulan dari Gaza yang lebih kecil menyerang Israel, ia secara amnya bertindak balas terhadap Hamas.
Sumber Palestin berkata tentera darat Israel turut menembak ke arah kedudukan Hamas di sempadan pada Isnin. Siren dibunyikan di bandar-bandar Israel berhampiran sempadan Gaza, memberi amaran tentang kemungkinan pelancaran roket terbaru.