- Iklan -
Luar Sana

Hampir 2 juta orang pelarian Ukraine di Poland

Rakyat Ukraine jadi pekerja warga asing paling ramai di Poland, menurut menteri dasar keluarga.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Penduduk wilayah Donbas berjalan di sebelah rumah modular disumbangkan kerajaan Poland untuk pelarian Ukraine, di tengah-tengah serangan Rusia ke atas Ukraine, 9 Februari. Gambar: Reuters
Penduduk wilayah Donbas berjalan di sebelah rumah modular disumbangkan kerajaan Poland untuk pelarian Ukraine, di tengah-tengah serangan Rusia ke atas Ukraine, 9 Februari. Gambar: Reuters

Jumlah rakyat Ukraine yang menyeberangi sempadan ke negara jiran Poland sejak perang bermula pada Februari 2022 adalah kira-kira 9.66 juta, dengan hampir 7.8 juta telah kembali ke Ukraine, menurut Pengawal Sempadan Poland.

“Jumlah rakyat Ukraine yang masih tinggal di Poland adalah sekitar 1.85 juta.

“Jumlahnya menurun berbanding tahun lepas, apabila kemasukan sekitar 140,000 orang setiap hari pada satu ketika,” lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap Pengawal Sempadan, Anna Michalska.

Warga Ukraine kini menjadi pekerja warga asing paling ramai yang bekerja di Poland, menurut menteri dasar keluarga dan sosial Poland minggu lalu.

Data daripada ZUS, iaitu sebuah syarikat insurans di Poland menunjukkan bahawa 1,063,300 warga asing telah bekerja secara sah di Poland setakat Disember, meningkat sebanyak 191,700 berbanding Januari lalu.

Hampir 14,000 firma Ukraine telah ditubuhkan di Poland dari Januari hingga September 2022, menurut laporan oleh Institut Ekonomi Poland, sebuah badan pemikir ekonomi awam.

Menurut Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), Poland membelanjakan AS$8.98 bilion untuk perumahan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan lain bagi rakyat Ukraine pada 2022, jumlah tertinggi dalam kalangan negara anggota.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.