- Iklan -
Luar Sana

Lebih 4,800 kanak-kanak jadi mangsa penderaan seksual

Kes dilapor membabitkan ahli Gereja Katolik Portugis yang kebanyakannya paderi sejak 70 tahun lalu.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berjalan melalui gereja ketika suruhanjaya penyiasat mendedahkan laporan berhubung dakwaan penderaan seksual di kalangan kanak-kanak oleh ahli Gereja Katolik Portugis di Lisbon, Portugal, 13 Februari. Gambar: Reuters
Orang ramai berjalan melalui gereja ketika suruhanjaya penyiasat mendedahkan laporan berhubung dakwaan penderaan seksual di kalangan kanak-kanak oleh ahli Gereja Katolik Portugis di Lisbon, Portugal, 13 Februari. Gambar: Reuters

Sekurang-kurangnya 4,815 kanak-kanak dilaporkan menjadi mangsa penderaan seksual oleh ahli Gereja Katolik Portugis – kebanyakannya paderi – sejak 70 tahun lalu, kata suruhanjaya yang menyiasat isu itu dalam satu laporan hari ini, sambil menambah penemuan itu umpama “bongkas ais besar”.

"(Kami mahu) memberi penghormatan ikhlas kepada mereka yang menjadi mangsa penderaan semasa zaman kanak-kanak dan berani bersuara secara senyap," kata pakar psikiatri kanak-kanak Pedro Strecht, yang mengetuai suruhanjaya itu. 

"Mereka lebih daripada sekadar statistik." 

Strecht berkata 4,815 kes itu adalah jumlah "minimum mutlak" mangsa penderaan seksual oleh ahli paderi di Portugal sejak 1950. 

"Jumlah ini hanyalah umpama bongkah ais besar," katanya. 

Kebanyakan pelaku (77%) adalah paderi dan 57% daripada mangsa adalah lelaki, kata Strecht, sambil menambah bahawa mereka didera di sekolah Katolik, gereja, rumah paderi dan beberapa lokasi lain.

Majoriti penderaan seksual berlaku ketika kanak-kanak berumur 10-14 tahun, dengan mangsa termuda baru berusia dua tahun.

Jose Ornelas, ketua Persidangan Biskop, menghadiri pembentangan laporan akhir dan memberitahu sidang akhbar kemudian bahawa pendedahan itu adalah "luka terbuka yang menyakitkan dan memalukan kita". 

Ornelas berkata biskop Portugis akan bertemu pada 3 Mac dan akan meneliti pelaksanaan "mekanisme yang lebih cekap dan sesuai" untuk mencegah penyalahgunaan kuasa masa depan. 

Antara cadangan lain, suruhanjaya itu berkata gereja harus mengecam semua dakwaan penderaan, memberikan sokongan psikososial kepada mangsa dan meneruskan siasatan terhadap isu itu.