- Iklan -
Luar Sana

Raja Permaisuri Camilla positif Covid-19

Raja permaisuri itu dikhabarkan dalam keadaan baik dan sedang beristirahat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Raja Permaisuri Britain, Camilla. Gambar: Reuters
Raja Permaisuri Britain, Camilla. Gambar: Reuters

Raja Permaisuri Britain, Camilla disahkan positif Covid-19 selepas mengalami simptom selesema, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik Istana Buckingham.

Baginda membatalkan semua acara pada minggu ini – termasuk meraikan status Milton Keynes sebagai sebuah bandar raya.

Raja permaisuri itu dikhabarkan dalam keadaan baik dan sedang beristirahat.

- Iklan -

Istana Buckingham dalam satu kenyataan memaklumkan “selepas mengalami simptom selesema, baginda permaisuri disahkan positif virus Covid-19.

"Dukacita diumumkan, baginda telah membatalkan semua acara  pada minggu ini dan memohon maaf."

Baginda sepatutnya melawat Elmhurst Ballet School di Edgbaston, Birmingham, pada Selasa bagi meraikan ulang tahun ke-100 dan menghadiri majlis di perpustakaan di Telford.

Raja Charles III berkenan meneruskan acara lawatan baginda ke Milton Keynes  yang menjadi sebahagian daripada perayaan jubli platinum mendiang Ratu Elizabeth.