- Iklan -
Luar Sana

Lebih penting lulus penyertaan Sweden, Finland segera, kata ketua Nato

Usaha negara-negara Scandianavia untuk menyertai pakatan 30 anggota, sudah mendapat persetujuan semua anggota kecuali Hungary dan Turkiye.

Reuters
2 minit bacaan
Kongsi
Bendera Finland, Nato dan Sweden semasa upacara menandakan permohonan Sweden dan Finland untuk menjadi ahli pertubuhan itu di Brussels, Belgium, 18 Mei 2022. Gambar: Reuters
Bendera Finland, Nato dan Sweden semasa upacara menandakan permohonan Sweden dan Finland untuk menjadi ahli pertubuhan itu di Brussels, Belgium, 18 Mei 2022. Gambar: Reuters

Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) berpendapat bahawa adalah lebih penting permohonan Finland dan Sweden untuk menyertai perikatan itu sejak tahun lepas disahkan secepat mungkin berbanding secara bersama.

Ini bertujuan bagi memberi jaminan keselamatan yang lebih besar susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukriane.

Usaha negara-negara Scandianavia untuk menyertai pakatan 30 anggota, yang membekalkan senjata api kepada Kyiv bagi menentang tentera Presiden Vladimir Putin, sudah mendapat persetujuan semua anggota kecuali Hungary dan Turkiye. 

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan khususnya membantah permohonan Sweden kerana ia terdiri daripada ahli Parti Pekerja Kurdish (PKK) yang disifatkan Ankara sebagai pengganas. 

Pegawai Barat berkata mereka lebih suka kedua-dua negara menyertai Nato secara bersama, sebahagiannya kerana lebih mudah untuk mengintegrasikan mereka pada masa yang sama ke dalam struktur ketenteraan. 

Tetapi Setiausaha Agung Nato Jens Stoltenberg, yang bertemu dengan menteri pertahanan di Brussels, mencadangkan itu adalah perkara kedua.

"Persoalan utama bukanlah sama ada Finland dan Sweden disahkan bersama. Persoalan utama ialah kedua-duanya disahkan sebagai ahli penuh secepat mungkin," katanya kepada pemberita. 

"Saya yakin kedua-duanya akan menjadi ahli penuh dan saya bekerja keras untuk memastikan kedua-duanya negara itu disahkan secepat mungkin." 

Dua ahli baharu di sayap timur lautnya akan mengukuhkan pengaruh Nato pada saat genting apabila pertubuhan itu terlibat dalam pertempuran dengan Rusia. 

'Apa yang kedua-dua negara mahu' 

Sweden dan Finland sudah lama tidak bersekutu tetapi kini mahukan perlindungan pertahanan kolektif Nato. 

Finland mempunyai sempadan 1,300km (810 batu) dengan Rusia, dan pulau Gotland Sweden terletak 300km (186 batu) dari rumah Armada Baltik Rusia di enklaf Kaliningrad di Rusia.

Perdana Menteri Sweden Ulf Kristersson pada sidang akhbar di Stockholm memaklumkan bahawa alasan "jelas", seperti kerjasama pertahanan yang sudah erat antara Sweden dan Finland, menjadikannya bergabung bersama adalah lebih baik. 

“Itulah yang kedua-dua negara mahukan,” katanya. 

"Tetapi semua ini tidak mengubah fakta bahawa Turkiye tetap keputusannya... persoalannya terletak pada Turkiye." 

Semasa lawatan ke Stockholm semalam, Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock berkata beliau berharap kedua-dua negara itu masih boleh menyertai perikatan tersebut secepat mungkin dan "berganding bahu" memandangkan respons Sweden kepada Turkiye hanya berhubung kebimbangannya. 

Stoltenberg berkata Sweden dan Finland sudah lebih dekat dengan Nato dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan menyatakan bahawa semua ahli perikatan meluluskan jemputan untuk menyertainya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.