- Iklan -
Luar Sana

Turkiye bina 30,000 bangunan kediaman di zon gempa bumi pada Mac, kata Erdogan

Kerja pembinaan akan bermula sebaik sahaja penilaian kerosakan selesai, kata presiden Turkiye.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan bercakap pada sidang media selepas gempa bumi maut di Kahramanmaras, Turkiye, 8 Februari. Gambar: Reuters
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan bercakap pada sidang media selepas gempa bumi maut di Kahramanmaras, Turkiye, 8 Februari. Gambar: Reuters

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata pihak berkuasa akan memulakan pembinaan 30,000 bangunan kediaman di zon gempa bumi pada Mac, lapor Sputnik.

"Kami akan segera memulakan kerja pembinaan sebaik sahaja penilaian kerosakan selesai. 

“Mulai awal Mac, kami akan memulakan pembinaan 30,000 bangunan kediaman. 

"Matlamat kami adalah untuk menyiapkan pembinaan beberapa bangunan berkualiti tinggi dan selamat dalam tempoh setahun yang akan menyelesaikan masalah perumahan di zon berkenaan," katanya.

Erdogan berkata 98 peratus bangunan yang runtuh akibat gempa bumi baru-baru ini telah dibina sebelum 1999.

Angka kematian akibat gempa bumi yang dahsyat di Turkiye kini melebihi 35,000.

Bencana itu disifatkan tragedi terburuk dalam sejarah.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.