- Iklan -
Luar Sana

Gempa 6.1 magnitud gegarkan tengah Filipina

Tiada laporan lanjut mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa serta tiada amaran tsunami dikeluarkan.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana di pasar awam di bandar Quezon, Manila, Filipina, 9 Februari. Gambar: Reuters
Suasana di pasar awam di bandar Quezon, Manila, Filipina, 9 Februari. Gambar: Reuters

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegarkan tengah Filipina awal hari ini, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), dengan agensi seismologi tempatan memberi amaran mengenai gegaran susulan dan kemungkinan kerosakan. 

Gempa bumi kuat dan cetek itu melanda wilayah Masbate di tengah-tengah Filipina sejurus selepas 2 pagi waktu tempatan, mengejutkan orang ramai. 

Menurut USGS, pusat gempa adalah 11km dari kampung terdekat Miaga, dalam perbandaran Uson, di wilayah Masbate. 

Gempa bumi cetek cenderung menyebabkan lebih banyak kerosakan berbanding gempa bumi lebih dalam, tetapi tiada laporan lanjut mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa. 

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

"Ia agak kuat," kata ketua polis wilayah Masbate Rolly Albana kepada AFP. 

"Saya sedang tidur ketika gegaran berlaku dan dikejutkan." 

Albana berkata polis tidak melaporkan sebarang kesan gempa bumi itu. 

Ketua Polis Uson Kapten Reden Tolledo berkata, beberapa penduduk melarikan diri dari rumah mereka.

"Malah saya pergi ke luar kerana kemungkinan berlaku gempa susulan," kata Tolledo.

Pegawai bencana di Dimasalang, Gregorio Adigue berkata beliau merasakan gegaran susulan yang kuat hampir sejam selepas gempa itu. 

Tetapi bangunan dan struktur lain di kawasan itu tidak kelihatan rosak, katanya. 

"Nanti kami akan ke sekolah di setiap kampung untuk meninjau keadaan bangunan," kata Adigue.

Jabatan Pendidikan Masbate dilaporkan menggantung sesi persekolahan hari ini berikutan "gegaran susulan berterusan dirasai" di wilayah itu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.