- Iklan -
Luar Sana

Senator AS mahu Kumpulan Wagner dari Rusia dilabel sebagai pengganas

Jabatan Perbendaharaan bulan lalu melabelkan Wagner, sebagai pertubuhan jenayah antarabangsa yang bertanggungjawab terhadap pelanggaran hak asasi manusia secara meluas.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai melawat bangunan PMC Wagner, iaitu projek yang dilaksanakan oleh ahli perniagaan dan pengasas kumpulan tentera persendirian Wagner Yevgeny Prigozhin, semasa pembukaan rasmi blok pejabatnya di Saint Petersburg, Rusia, 4 November 2022. Gambar: Reuters
Orang ramai melawat bangunan PMC Wagner, iaitu projek yang dilaksanakan oleh ahli perniagaan dan pengasas kumpulan tentera persendirian Wagner Yevgeny Prigozhin, semasa pembukaan rasmi blok pejabatnya di Saint Petersburg, Rusia, 4 November 2022. Gambar: Reuters

Sekumpulan ahli senator Demokrat dan Republikan berkata mereka akan cuba lagi untuk meluluskan undang-undang yang memerlukan Jabatan Negara untuk melabelkan perbadanan ketenteraan persendirian Rusia, Kumpulan Wagner sebagai pertubuhan pengganas asing. 

Diketuai oleh ahli Demokrat, Ben Cardin dan Roger Wicker dari Republikan, senator berkata mereka memperkenalkan semula akta Holding Accountable Russian Mercenaries (HARM) – yang diperkenalkan tetapi tidak diluluskan sebelum berakhirnya Kongres sebelumnya – bertujuan untuk mendesak Wagner bertanggungjawab atas pelanggaran hak asasi manusia dengan menambah syarikat itu ke dalam senarai hitam FTO.

Cardin dan Wicker ialah pengerusi bersama Suruhanjaya Helsinki AS, sebuah agensi kerajaan yang mempromosikan hak asasi manusia. 

Washington menyasarkan Wagner sejak sekian lama. 

Jabatan Perbendaharaan bulan lalu melabelkan Wagner, yang berjuang di pihak Rusia dalam beberapa pertempuran paling sengit dalam perang Ukraine, sebagai pertubuhan jenayah antarabangsa yang bertanggungjawab terhadap pelanggaran hak asasi manusia secara meluas.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.