- Iklan -
Luar Sana

Biden ‘sihat untuk bertugas’, kata doktor

Dr Kevin O’Connor berkata Biden mampu melaksanakan sepenuhnya semua tanggungjawab meskipun sudah menjangkau usia 80 tahun.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden AS Joe Biden ketika menyampaikan ucapan pada sesi bersama Kongres di US Capitol, 7 Februari. Gambar: Reuters
Presiden AS Joe Biden ketika menyampaikan ucapan pada sesi bersama Kongres di US Capitol, 7 Februari. Gambar: Reuters

Joe Biden diadapti dalam keadaan yang baik dan sihat untuk bertugas, menurut doktor yang membuat pemeriksaan ke atas presiden Amerika Syarikat (AS) itu pada Khamis.

Dr. Kevin O’Connor berkata: “Biden mampu melaksanakan sepenuhnya semua tanggungjawab..."

"Presiden Biden kekal sihat, cergas dalam usia 80 tahun dan mampu untuk melaksanakan tugas-tugas presiden termasuk sebagai Ketua Eksekutif, Ketua Negara dan Komander," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan O'Connor.

Pemeriksaan fizikal itu dijalankan di Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed di Bethesda, Maryland.

“Pemeriksaan fizikal ini meliputi perundingan khusus dengan beberapa pakar perunding kami dari Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed. Ia termasuk Optometri, Pergigian, Ortopedik (Kaki dan Buku lali), Ortopedik (Tulang Belakang), Podiatri, Terapi Fizikal, Neurologi, Kardiologi, Radiologi dan Dermatologi,” kata O'Connor.

Pemeriksaan fizikal itu adalah yang kedua buat Biden sebagai presiden. Beliau kali terakhir menjalani pemeriksaan fizikal pada 19 November 2021.

Biden berusia 80 tahun pada November ini, bermakna beliau akan berusia 82 tahun jika memutuskan untuk bertanding bagi penggal kedua pada 2024.

Beliau merupakan presiden tertua yang mengangkat sumpah jawatan pada usia 78 tahun dan akan mengatasi rekod itu jika beliau dipilih sekali lagi.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.