- Iklan -
Luar Sana

Penguatkuasa cukai India selesai buat pemeriksaan di pejabat BBC

Ia dibuat selepas BBC keluarkan dokumentari "India: The Modi Question" yang disifatkan kerajaan sebagai propaganda pemusuhan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai menonton dokumentari BBC bertajuk 'India: The Modi Question', pada skrin yang dipasang di persimpangan Marine Drive di bawah arahan jawatankuasa Kongres daerah, di Kochi pada 24 Januari. Gambar: AFP
Orang ramai menonton dokumentari BBC bertajuk 'India: The Modi Question', pada skrin yang dipasang di persimpangan Marine Drive di bawah arahan jawatankuasa Kongres daerah, di Kochi pada 24 Januari. Gambar: AFP

Pihak berkuasa percukaian India sudah selesai membuat “pemeriksaan” di pejabat BBC di New Delhi dan Mumbai, menurut penyiar Britain itu pada Khamis.

Pemeriksaan sejak Selasa itu dibuat beberapa minggu selepas BBC mengeluarkan siri dokumentari dua bahagian bertajuk "India: The Modi Question" yang disifatkan kerajaan India sebagai "propaganda pemusuhan".

BBC mendakwa beberapa petugasnya telah disoal siasat untuk tempoh masa yang lama dan terpaksa bermalam di pejabat.

"Pihak berkuasa cukai pendapatan sudah keluar dari pejabat kami di Delhi dan Mumbai. Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan berharap perkara itu dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Operasi kami kembali normal dan kami komited untuk melayani penonton kami di India dan selainnya melangkauinya dan berikrar untuk berdiri teguh bersama-sama rakan sekerja dan wartawan untuk terus melapor berita tanpa rasa takut atau pilih kasih," menurut kenyataan  BBC pada Khamis.

Parti pembangkang dan kumpulan media India mengutuk tindakan terhadap BBC itu yang dilihat sebagai serangan terhadap kebebasan media.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.