Tesla panggil balik 360,000 kereta susulan kerosakan perisian ‘pandu sendiri’
Ia meliputi kenderaan Model S (2016-23), Model X, Model 3s (2013-17) dan Model Y (2020-23) tertentu
Terkini
Tesla pada Khamis memanggil semula 362,758 kereta Tesla untuk membaiki kecacatan pada perisian pandu sendiri atau "Full Self Driving" (FSD).
Penarikan balik itu meliputi kenderaan Model S (2016-23), Model X, Model 3s (2013-17) dan Model Y (2020-23) tertentu, lapor tca/dpa.
Bertahun-tahun pengkritik “menyerang” syarikat itu dan mendakwa penggunaan perisian itu berisiko kepada keselamatan awam.
Meskipun pengawal selia dikatakan lambat bertindak namun langkah terbaru itu menunjukkan Pentadbiran Lalu Lintas dan Keselamatan Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) semakin serius mengenai kenderaan pemanduan sendiri dan keselamatan awam, kata pakar sistem autonomi di George Universiti Mason, Missy Cummings.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.