- Iklan -
Luar Sana

Rusia panggil duta Belanda berhubung siasatan MH17

Kementerian luar Rusia tuduh pasukan penyiasat bersama yang ditubuhkan itu mempunyai niat politik.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Hakim yang mengetuai perbicaraan dan barisan peguam lain melihat serpihan pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang dibina semula, di pangkalan udara tentera Gilze-Rijen, selatan Belanda, pada 26 Mei 2022. Gambar: AFP
Hakim yang mengetuai perbicaraan dan barisan peguam lain melihat serpihan pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang dibina semula, di pangkalan udara tentera Gilze-Rijen, selatan Belanda, pada 26 Mei 2022. Gambar: AFP

Rusia pada Jumaat memanggil duta Belanda atas apa yang digelar "percubaan obsesif" oleh pihak berkuasa Belanda yang mengambil sikap bertanggungjawab ke atas pesawat Malaysian Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014.

Melalui satu kenyataan, kementerian luar Rusia mendakwa pasukan penyiasat bersama yang ditubuhkan itu mempunyai niat politik.

Minggu lepas, pendakwa raya di The Hague berkata mereka menemui "petunjuk kukuh" bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin telah meluluskan penggunaan sistem peluru berpandu BUK Rusia yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat malang itu di timur Ukraine pada 2014.

Memanggil duta tidak akan dapat mengubah tekad Belanda bagi membawa mereka yang bertanggungjawab menjatuhkan pesawat itu ke muka pengadilan, kata Naib Perdana Menteri Belanda Sigrid Kaag.

"Kami sedang mencari keadilan antarabangsa, dan kami mahu bongkar kebenaran buat mangsa dan ahli keluarga mereka," kata Kaag kepada pemberita di The Hague.

"Ini semua sebahagian daripada permainan diplomasi, tetapi kami tahu apa yang kami perjuangkan. Duta besar akan dengar mesej mereka dan sampaikan kepada kami."

Pada 17 Julai, 2014, pesawat penumpang MH17 ditembak jatuh oleh sistem peluru berpandu BUK Rusia ketika ia melintasi ruang udara timur Ukraine dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, membunuh kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.