- Iklan -
Luar Sana

Belanda usir beberapa diplomat Rusia, tutup pejabat perdagangan

Menteri luarnya dakwa Rusia cuba letak pegawai perisikannya ke negara itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Luar Belanda Wopke Hoekstra mendakwa Rusia cuba menempatkan pegawai perisikannya ke negara itu. Gambar: Facebook
Menteri Luar Belanda Wopke Hoekstra mendakwa Rusia cuba menempatkan pegawai perisikannya ke negara itu. Gambar: Facebook

Belanda pada Sabtu memutuskan untuk mengusir beberapa diplomat Rusia dan mengehadkan jumlah pegawai kanan berikutan pertikaian berterusan antara kedua-dua negara, lapor Agensi Anadolu.

Menteri Luar Belanda Wopke Hoekstra mendakwa Rusia cuba menempatkan pegawai perisikannya ke negara itu.

“Percubaan berterusan Rusia untuk menugaskan pegawai perisikan ke Belanda di bawah perlindungan diplomatik tidak boleh diterima.

“Oleh itu, kami mengehadkan bilangan diplomat Rusia di Belanda," menurut dakwaan Hoekstra di Twitter.

Belanda turut menutup konsulat jeneral di Saint Petersburg dan Pejabat Perdagangan Rusia di Amsterdam, katanya.

Terdahulu, Kementerian Luar Rusia memanggil Duta Besar Belanda Gilles Arnout Beschoor Plug pada Jumaat dan memaklumkan mengenai halangan yang dihadapi Kedutaan Rusia di Belanda, termasuk berkaitan isu visa.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.