- Iklan -
Luar Sana

Profesor universiti Australia dijadikan tebusan di Papua New Guinea

Beberapa pelajar dari universiti tempatan turut dijadikan tebusan, menurut sumber

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Papua New Guinea James Marape mengesahkan seorang profesor universiti Australia telah dijadikan tebusan bersama beberapa penuntut universiti awam di sebuah tanah tinggi negaranya. Gambar: AFP
Perdana Menteri Papua New Guinea James Marape mengesahkan seorang profesor universiti Australia telah dijadikan tebusan bersama beberapa penuntut universiti awam di sebuah tanah tinggi negaranya. Gambar: AFP

Perdana menteri Papua New Guinea mengesahkan seorang profesor universiti dari Australia dijadikan tebusan di sebuah tanah tinggi di negaranya.

Mangsa merupakan ahli arkeologi yang bekerja untuk sebuah universiti di Australia, diiringi oleh beberapa pelajar Papua New Guinea dari universiti tempatan yang turut dijadikan tebusan ketika melawat sebuah tapak, menurut dua sumber yang tahu tentang kejadian itu kepada Reuters.

Perdana Menteri Papua New Guinea James Marape memberitahu wartawan tempatan pada Isnin bahawa polis dan tentera sedang bersiap sedia, dan kerajaan juga tengah bekerjasama dengan orang tengah.

"Kami mahu penjenayah itu bebaskan mereka," katanya dalam komen yang disiarkan di ABC Television.

"Tiada tempat untuk lari, tiada tempat untuk bersembunyi," tambah Marape.

Identiti lelaki Australia itu bagaimanapun belum didedahkan bagi menjaga sensitiviti keadaan.

Sumber di Papua New Guinea memberitahu Reuters pada pagi Isnin bahawa keadaan ketika ini "saat genting" dan mereka tidak dapat mengulas lanjut. Dipercayai wang tebusan telah dituntut.

Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Australia belum menjawab permintaan untuk komen.