- Iklan -
Luar Sana

Biden buat lawatan mengejut ke Ukraine

Presiden AS akan umum satu lagi penghantaran peralatan perang, selain sekatan tambahan ke atas elit dan syarikat Rusia.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat Joe Biden dalam satu pertemuan di Kyiv, Ukraine, 20 Februari. Gambar: Reuters
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat Joe Biden dalam satu pertemuan di Kyiv, Ukraine, 20 Februari. Gambar: Reuters

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden melakukan lawatan mengejut ke Kyiv, Ukraine, pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

"Hari ini, di Kyiv, saya bertemu Presiden Zelenskyy dan pasukannya untuk perbincangan lanjut mengenai sokongan kami terhadap Ukraine," kata Biden dalam kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih.

Menurut kenyataan itu, Biden akan mengumumkan satu lagi penghantaran peralatan kritikal termasuk peluru artileri, sistem antiperisai, dan radar pengawasan udara dan sekatan tambahan ke atas elit dan syarikat Rusia akhir minggu ini.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy menerusi akaun Telegramnya berkata: “lawatan itu sebagai tanda sokongan yang sangat penting untuk semua rakyat Ukraine."

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.