- Iklan -
Luar Sana

Tren ditempah terlalu besar, 2 pegawai kanan pengangkutan Sepanyol letak jawatan

Tren yang ditempah pada 2020 itu sepatutnya digunakan bagi menggantikan tren di wilayah Asturias dan Cantabria dalam beberapa bulan akan datang.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Penumpang berjalan di sebelah kereta api berkelajuan tinggi AVE di stesen Barcelona-Sants, Barcelona pada 13 Februari. Gambar: AFP
Penumpang berjalan di sebelah kereta api berkelajuan tinggi AVE di stesen Barcelona-Sants, Barcelona pada 13 Februari. Gambar: AFP

Dua pegawai kanan pengangkutan Sepanyol meletak jawatan pada Isnin selepas 31 tren komuter yang ditempah didapati terlalu besar dan tidak muat melalui terowong.

Kementerian Pengangkutan menerima peletakan jawatan setiausaha negara bagi pengangkutan, Isabel Pardo de Vera dan presiden syarikat kereta api negeri Renfe, Isaias Taboas, lapor Agensi Anadolu.

Tren yang ditempah pada 2020 itu sepatutnya digunakan bagi menggantikan tren di wilayah Asturias dan Cantabria dalam beberapa bulan akan datang. 

Bagaimanapun, kesilapan reka bentuk itu boleh melambatkan projek itu. 

“Dalam tempoh 40 tahun kerjaya politik, saya tidak pernah melihat keadaan huru-hara seperti itu,” kata Presiden Cantabria, Miguel Angel Revilla pada sidang akhbar. 

Menteri pengangkutan Sepanyol memohon maaf atas kesilapan itu dan menyalahkan pentadbiran pusat sebelum ini yang gagal membekalkan tren baharu kepada dua wilayah itu sejak 2006.

Pemimpin wilayah berkenaan berkata akibat kesilapan itu penduduk Asturias dan Cantabria wajar diberikan perkhidmatan tren secara percuma sehingga tren baharu beroperasi.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.