- Iklan -
Luar Sana

Iphone generasi pertama belum guna dilelong lebih RM280,000

LCG Auctions yang berpangkalan di Louisiana berkata iPhone itu memperoleh tawaran tertinggi sebanyak AS$63,356.40 sebelum lelongan ditutup pada Ahad.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail seorang lelaki bercakap melalui telefon di hadapan logo Apple di luar kedai teknologi itu di Shanghai, China pada 7 November 2022. Gambar: Reuters
Gambar fail seorang lelaki bercakap melalui telefon di hadapan logo Apple di luar kedai teknologi itu di Shanghai, China pada 7 November 2022. Gambar: Reuters

Sebuah IPhone generasi pertama yang masih belum dibuka dan dalam kotak dibalut plastik dilelong pada harga lebih AS$63,000 (kira-kira RM280,000).

LCG Auctions yang berpangkalan di Louisiana berkata iPhone itu memperoleh tawaran tertinggi sebanyak AS$63,356.40 sebelum lelongan ditutup pada Ahad.

Menurut United Press International (UPI), Karen Green, pemilik asal peranti itu berkata beliau menerimanya sebagai hadiah pada 2007 tetapi tidak menggunakannya kerana baharu membeli telefon.

- Iklan -

Green yang mengurus kedai tatu di New Jersey, berkata beliau mula berminat dengan nilai telefon vintaj itu apabila mendengar tentang satu lagi iPhone yang belum dibuka dijual pada harga AS$40,000.

Green membawa telefon itu dalam segmen Treasure Hunt 2019 dalam siri televisyen Doctor & The Diva, dan dimaklumkan bahawa telefon itu mungkin boleh dijual pada harga kira-kira AS$5,000.

Anggaran itu ternyata terlalu rendah apabila telefon yang harga asalnya AS$599 dijual pada harga AS$63,356.40.

Green berkata hasil jualan itu akan dilaburkan untuk kedai tatunya.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi