Keluarga aktivis hak asasi Amerika Syarikat (AS) terkenal Malcolm X akan memfailkan saman AS$100 juta terhadap Polis Bandaraya New York, CIA dan FBI kerana "menyembunyikan bukti" membabitkan pembunuhannya 58 tahun lepas.
Pengumuman itu dibuat pada sidang akhbar pada Selasa oleh peguam hak asasi Ben Crump serta anak perempuan Malcolm X, Qubilah Shabazz dan Ilyasah Shabazz di Pusat Memorial dan Pendidikan Malcolm X dan Dr. Betty Shabazz, menurut Anadolu Agency.
"Kami juga akan mendapatkan keadilan untuk lelaki muda – baharu berusia 39 tahun – yang terkorban ketika memperjuangkan hak asasi manusia,” kata Ilyasah Shabazz.
Shahbaz menuduh agensi persekutuan dan tempatan New York senjaga menyembunyikan bukti konspirasi dan perancangan untuk membunuh Malcolm X.
Crump berkata anak perempuan Malcolm X berhak mengetahui semua fakta tentang kematian bapa mereka.
"Atas ketidakadilan yang teruk ini, kami akan memfailkan saman terhadap entiti kerajaan sebanyak $100 juta bagi pihak anak perempuannya”, kata Crump.
Malcolm X dibunuh semasa memberi ucapan di Harlem pada 21 Feb 1965.