- Iklan -
Luar Sana

Amacan cuaca sejuk hampir 30 negeri di AS

Rakyat AS diminta bersiap sedia untuk menghadapi salji, hujan batu, angin kencang dan kemungkinan banjir kilat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki membersihkan salji dari bumbungnya berikutan ribut musim sejuk yang melanda wilayah Buffalo di Amherst, New York, 25 Disember. Gambar: Reuters
Seorang lelaki membersihkan salji dari bumbungnya berikutan ribut musim sejuk yang melanda wilayah Buffalo di Amherst, New York, 25 Disember. Gambar: Reuters

Amaran cuaca sejuk dikeluarkan di 29 negeri di Amerika Syarikat (AS) dengan lebih 65 juta rakyat akan mengalami kesejukan yang melampau.

Ribut beserta salji dan hujan lebat dijangka melanda sebahagian besar kawasan utara AS minggu ini, Xinhua memetik laporan CBS News pada Rabu.

Rakyat AS diminta bersiap sedia untuk menghadapi salji, hujan batu, angin kencang dan kemungkinan banjir kilat.

Cuaca ekstrem dijangka menganggu perjalanan dan mengakibatkan bekalan elektrik terputus di kebanyakan wilayah.

Lebih 1,400 penerbangan yang dijadualkan pada Rabu di AS telah dibatalkan, kebanyakannya membabitkan Minneapolis, Denver dan Detroit, menurut laman sesawang penjejakan FlightAware.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.