- Iklan -
Luar Sana

Angka korban gempa bumi Turkiye kini cecah 43,556

Menteri Dalam Negeri Turkiye Suleyman Soylu membuat kenyataan itu ketika bersiaran langsung di Hatay, antara 11 wilayah yang dilanda gempa bumi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Penduduk duduk mengelilingi unggun api bagi memanaskan diri berdekatan kediaman yang runtuh akibat gempa bumi kuat di Antakya, wilayah Hatay, Turkiye, 21 Februari. Gambar: Reuters
Penduduk duduk mengelilingi unggun api bagi memanaskan diri berdekatan kediaman yang runtuh akibat gempa bumi kuat di Antakya, wilayah Hatay, Turkiye, 21 Februari. Gambar: Reuters

Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda selatan Turkiye pada 6 Februari kini meningkat kepada 43,556 nyawa, kata Menteri Dalam Negeri Turkiye Suleyman Soylu pada Rabu.

Soylu membuat kenyataan itu ketika bersiaran langsung di Hatay, antara 11 wilayah yang dilanda gempa bumi.

Kerajaan memerlukan tempoh masa tertentu untuk bertindak balas apabila berhadapan dengan situasi 26,000 kediaman runtuh pada satu jam pertama dan malapetaka itu melanda kawasan seluas 110,000 kilometer persegi (42,471 batu persegi).

Gempa bumi yang berpusat di Kahramanmaras turut menjejaskan 10 wilayah lain iaitu Hatay, Gaziantep, Adıyaman, Malatya, Adana, Diyarbakir, Kilis, Osmaniye, Sanliurfa dan Elazig.

Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata Turkiye akan mula membina lebih 200,000 kediaman seawal Mac di kawasan bencana dan pembinaan dijangka siap dalam tempoh satu tahun.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.