- Iklan -
Luar Sana

Bekas PM Palestin Ahmed Qureia meninggal dunia

Beliau antara tokoh utama Perjanjian Oslo dan lantang membela perjuangan rakyat Palestin, kata Mahmoud Abbas.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Palestin Ahmed Qureia. Gambar: Facebook
Bekas perdana menteri Palestin Ahmed Qureia. Gambar: Facebook

Bekas perdana menteri Palestin Ahmed Qureia meninggal dunia pada usia 85 tahun, kata Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Rabu.

Abbas menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat Palestin sambil berkata Qureia mendedikasikan hidupnya mempertahankan perjuangan Palestin.

Abbas turut memuji Qureia atas sokongannya dalam mempromosikan pembentukan Negara Palestin termasuk sumbangan terhadap Pertubuhan Pembebasan Palestin, lapor Agensi Berita WAFA.

Qureia antara tokoh utama dalam Perjanjian Oslo dan beliau telah membela perjuangan rakyat Palestin di arena nasional dan antarabangsa, kata Abbas.

Jenazah pemimpin itu akan dikebumikan di bandar Ramallah, Tebing Barat pada Khamis.

Qureia, yang menyertai gerakan pembebasan nasional Palestin Fatah pada 1968, pernah berkhidmat sebagai perdana menteri antara 2003-2006.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi