- Iklan -
Luar Sana

Bidaan Manchester United tarik minat pendana dari Ares, kata sumber

Pemilik Manchester United, keluarga Glazer, sedang mempertimbangkan untuk menjual kelab itu dalam apa yang boleh diperkatakan sebagai perjanjian sukan terbesar.

Reuters
2 minit bacaan
Kongsi
Kompleks latihan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United di Manchester, Britain. Gambar: Reuters
Kompleks latihan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United di Manchester, Britain. Gambar: Reuters

Ares Management Corp menawarkan dana untuk menyokong pengambilalihan Manchester United, tiga sumber yang mengetahui perkara tersebut memberitahu Reuters. 

Ares adalah pengurus aset Amerika Syarikat terbaru yang berhasrat menyalurkan dana dalam usaha mendapatkan kelab bola sepak Inggeris itu.

Elliot Management juga antara entiti yang berminat menawarkan dana, selepas menolak pengambilalihan penuh kelab itu. Oaktree Capital juga dilaporkan menawarkan pembiayaan kepada pembida. 

Pemilik Manchester United, keluarga Glazer, sedang mempertimbangkan untuk menjual kelab itu dalam apa yang boleh diperkatakan sebagai perjanjian sukan terbesar. Kelab itu menerima tawaran indikatif Jumaat lalu.

Ares, yang menyelia kira-kira AS$350 bilion (kira-kira RM1.5 trilion) aset, menawarkan dana dalam bentuk ekuiti berstruktur kepada sekurang-kurangnya seorang pembida, menurut sumber.

Bagaimanapun, sumber itu berkata pembida ini menolak pembiayaan kerana syarat-syaratnya tidak menarik. 

Ekuiti berstruktur merujuk kepada satu bentuk pembiayaan yang biasanya terletak antara ekuiti dan hutang dalam timbunan modal syarikat dan disertakan dengan pembayaran biasa.

Dalam pada itu, jurucakap Ares enggan mengulas. 

Ares, salah satu penyedia kredit swasta terbesar, dilaporkan pada 2020 akan menyokong pelabur bola sepak yang berpangkalan di Miami, Kapital Football Group dalam usahanya membeli kelab Liga Perdana Inggeris itu. Kapital setahun kemudian dilaporkan tidak berhasrat untuk mendapatkan Southampton.

Ares juga dilaporkan menyokong dua bidaan yang gagal untuk Chelsea tahun lepas, sebelum penjualan bernilai AS$5.1 bilion kelab itu kepada konsortium yang diketuai oleh pemilik bahagian Los Angeles Dodgers Todd Boehly dan disokong oleh Clearlake Capital. 

Ares baru-baru ini mengumpulkan AS$3.7 bilion untuk dana sukan khusus dengan mandat untuk melabur dalam liga dan pasukan. 

Menurut sumber, buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada Ares berhasrat membiayai bidaan untuk Manchester United melalui dana itu, yang melabur dalam kelab bola sepak Atletico de Madrid Sepanyol dan Inter Miami CF.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi